Ahad, 7 Disember 2008

Terima kasih kegagalan




Kegagalan banyak mengajar aku lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Kegagalan juga telah mendorong aku untuk lebih berusaha.
Siapa sebenarnya orang yang gagal?? Orang yang sebenarnya gagal adalah mereka yang berhenti daripada mencuba. Aku tidak takut gagal. Yang aku risaukan peluang untuk mencuba itu tiada.

Kehidupan ini sebenarnya laksana sebuah novel. Lain orang lain jalan ceritanya. Setiap novel mempunyai watak yang berbeza, itulah kawan dalam hidup. Kepada teman yang bernama kawan, aku ucapkan terima kasih kerana telah menyemarakan lagi jalan ceritaku.
Pengalaman setelah kegagalan membuat aku lebih matang. Aku akui aku mempunyai banyak kelemahan. Kelemahan yang paling ketara bagiku adalah memberi peluang. Dalam erti kata lain, memberi peluang kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Apa yang pasti aku akan sentiasa memberi peluang.

Dalam masalah cinta pula. Bagiku cintaku sudah mati *hakikatnya masih hidup di dalam kenangan*. Memang kejam bunyinya hehe.. Tetapi itu adalah jalan yang terbaik mengelakkan diri daripada kecewa. Memang sukar melupakan. Kita mesti merelakan kebahagian orang yang kita sayangi. Buat apa menyakiti diri sendiri.

Cinta??haha. Buat masa ini aku tidak akan bercinta. Banyak perkara yang perlu aku perbaiki. Kejar cita-cita kemudian bercinta. Kalau sudah jodoh takkan ke mana kata orang tua-tua ; )

BBDS




Lawatan Badan Bahasa Dan Sastera Ke Kuala Balai, Daerah Belait. Lawatan sambil belajar BBDS ke Kampong Tamoi

Lawatan BBDS ke Mukim Sukang, Ulu Belait.




Perjalanan Ke Wasai Rampadi, Daerah Temburong.






Menanatangani Buku Lawatan..





Penyampaian Cenderahati kepada Ketua Kampong Belayang, Daerah Temburong.







Diberikan Taklimat ringkas








BBDS di Tasek Merimbun













Badan Bahasa Dan Sastera atau lebih dikenali sebagai BBDS merupakan antara kelab yang bergiat aktif di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Awal penubuhannya ialah pada tahun 1980-an iaitu semenjak tertubuhnya Pusat Tingkatan Enam (PTE) yang diusahakan oleh Cikgu Haji Markandi Bin Hj Kuris. Objektif penubuhannya adalah bagi menyatukan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu serta menerbitkan contoh-contoh soalan untuk peperiksaan.

Setiap tahun pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi diadakan untuk meneruskan perjuangan ahli yang terdahulu. Jawatan sebagai Pengerusi Badan Bahasa Dan Sastera bagi sesi 2006/2007 telah dipegang oleh Abdul Azim Bin Hj Abd Rahman. Beliau juga turut dibantu oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam mengungkayahkan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Keramaian ahli BBDS bagi tahun 2006 adalah seramai 70 orang dan ini merupakan satu peningkatan ahli dari tahun sebelumnya.

Pada tahun 2006 yang lalu, badan ini memegang moto ‘Satu Suara’ bagi mengukuhkan hubungan sesama ahlinya. Selaras dengan tema hari kebangsaan yang ke-23, badan ini juga telah membuat satu tema iaitu ‘ Iltizam Memartabatkan Bahasa.’ Tema tersebut bertepatan dengan misi badan ini iaitu untuk memartabatkan bahasa Melayu serta meresapkan nilai-nilai murni yang berunsur kebudayaan khususnya kepada para pelajar Tingkatan Enam.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh badan ini adalah mengadakan lawatan sambil belajar ke kampong Tamoi, Mukim Sukang (ulu Belait), daerah Temburong, Kuala Balai, Bengkel Syair dan Seminar Hang Tuah. Badan ini juga sering dijemput oleh Kelab ‘RAKIS’, Universiti Brunei Darussalam untuk mengadakan kegiatan yang berunsur sastera. Kebanyakan aktiviti yang diselengarakan itu adalah untuk mengenali sejarah, asal usul, pentadbiran dan sosio ekonomi. Di samping, mengeratkan tali silaturrahim di antara para penuntut dengan pensyarah dan sekali gus menambahkan pengetahuan tentang kebudayaan di negara ini.

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan dengan perpisahan, begitu juga dengan BBDS bagi sesi 2006/2007. Namun begitu, perjuangan badan ini tidak terhenti begitu sahaja. Bagi meneruskan tradisi, badan ini telah mengadakan ‘ Majlis Pembubaran’ bagi menghargai pengorbanan para ahli dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan.

Pada kesempatan ini, saya mewakili Badan bahasa Dan Sastera bagi sesi 2006/2007 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu kerana telah memberikan dorongan kepada kami untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Ahli Jawatan Kuasa BBDS yang telah berjaya mengharungi cabaran sepanjang berada di dalam badan ini. Harapan saya supaya badan ini akan terus kukuh dan dapat melahirkan pelajar yang berkaliber serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.


Laporan disediakan oleh;

Abdul Azim Bin Hj Abd Rahman
( Pengerusi Badan Bahasa Dan Sastera Sesi 2006/2007)